Buku ini mengajarkan teknik HASASI iaitu Hafazan Satu Ayat Satu Ilustrasi. Bahagian utama buku ini merangkumi Bab 1 hingga Bab 5. Pembaca disarankan membaca Bab 1–3 terlebih dahulu sebelum memulakan Teknik HASASI di Bab 4. Namun, untuk hafazan harian, pembaca boleh terus ke Bab 4 dengan bantuan ilustrasi menarik. Bab 1 menerangkan motivasi menghafaz Surah Al-Mulk serta panduan penggunaan simbol-simbol pada setiap halaman di Bab 3. Di akhir buku, Bab 5 menyediakan soalan uji minda untuk menguji ingatan terhadap potongan ayat Surah Al-Mulk.